Novel grafik terbaru daripada Nizam Bachok ini memuatkan 5 buah cerita pendek. Setiap cerita diolah dengan baik untuk menyampaikan mesej kepada para pembaca untuk dijadikan teladan. Cerita-cerita yang terdapat dalam novel grafik ini ialah:
- Orang Minyak - Dendam seorang lelaki mengakibatkannya sanggup menggunakan anak-anaknya sebagai medium untuk membalas dendam. Anak-anaknya dijadikan orang minyak untuk membuat kacau di sebuah kampung. Usaha untuk memberkas kedua-dua orang tersebut gagal & ini memaksa seseorang yang telah lama dihalau daripada kampung dipanggil untuk membantu. Berjayakah mereka menangkap orang-orang minyak tersebut, siapakah yang dipanggil untuk membantu orang kampung & yang paling penting, apakah yang menyebabkan semua ini terjadi?
- Susuk - Keinginan seorang gadis untuk menjadi cantik menyebabkan dia dipergunakan oleh seorang bidan tua yang menginginkan perkara yang sama seperti gadis tersebut. Gadis tersebut diberikan susuk & untuk mengekalkan kehebatan susuk tersebut, dia perlu membunuh & meminum darah 7 orang perawan. Berjayakah dia?
- Toyol - Seorang lelaki tua sanggup membela toyol untuk memberikannya kekayaan dalam masa yang cukup singkat. Namun begitu, kejahatan tidak akan berakhir dengan kebaikan, pasti ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
- Anak Patung Manisah - Di sebuah kampung, pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak boleh mendapatkan sebuah anak patung yang dikatakan akan memberikan mereka zuriat. Mereka perlu menjaga anak patung berkenaan seperti anak mereka sendiri & seperti yang dijanjikan si isteri akan hamil. Namun begitu, anak patung itu terpaksa ditanam sebaik sahaja bayi mereka dilahirkan. Berbeza dengan Manisah, dia begitu sayangkan anak patung tersebut & terjadilah tragedi yang menggemparkan penduduk kampung. Lebih menggemparkan lagi, identiti Manisah dibongkar & sisi gelap dirinya dibongkar. Pelbagai peristiwa berdarah mula berlaku, disebabkan Manisah. Siapakah Manisah yang sebenarnya.
- Garam - Cerita pendek mengenai kepercayaan sesetengah masyarakat mengenai hantu garam. Mereka-mereka yang menjamu hantu-hantu garam ini dengan garam, mereka pasti akan diberikan ganjaran oleh hantu-hantu tersebut. Tetapi ada sesuatu yang lebih menakutkan di sebalik pemberian ganjaran tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan