Ahad, 21 Ogos 2011

Dari Alam Angker - Warisan Puaka

  
     Novel grafik terbaru daripada Nizam Bachok ini memuatkan 5 buah cerita pendek. Setiap cerita diolah dengan baik untuk menyampaikan mesej kepada para pembaca untuk dijadikan teladan. Cerita-cerita yang terdapat dalam novel grafik ini ialah:

  1. Orang Minyak - Dendam seorang lelaki mengakibatkannya sanggup menggunakan anak-anaknya sebagai medium untuk membalas dendam. Anak-anaknya dijadikan orang minyak untuk membuat kacau di sebuah kampung. Usaha untuk memberkas kedua-dua orang tersebut gagal & ini memaksa seseorang yang telah lama dihalau daripada kampung dipanggil untuk membantu. Berjayakah mereka menangkap orang-orang minyak tersebut, siapakah yang dipanggil untuk membantu orang kampung & yang paling penting, apakah yang menyebabkan semua ini terjadi?
  2. Susuk - Keinginan seorang gadis untuk menjadi cantik menyebabkan dia dipergunakan oleh seorang bidan tua yang menginginkan perkara yang sama seperti gadis tersebut. Gadis tersebut diberikan susuk & untuk mengekalkan kehebatan susuk tersebut, dia perlu membunuh & meminum darah 7 orang perawan. Berjayakah dia?
  3. Toyol - Seorang lelaki tua sanggup membela toyol untuk memberikannya kekayaan dalam masa yang cukup singkat. Namun begitu, kejahatan tidak akan berakhir dengan kebaikan, pasti ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
  4. Anak Patung Manisah - Di sebuah kampung, pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak boleh mendapatkan sebuah anak patung yang dikatakan akan memberikan mereka zuriat. Mereka perlu menjaga anak patung berkenaan seperti anak mereka sendiri & seperti yang dijanjikan si isteri akan hamil. Namun begitu, anak patung itu terpaksa ditanam sebaik sahaja bayi mereka dilahirkan. Berbeza dengan Manisah, dia begitu sayangkan anak patung tersebut & terjadilah tragedi yang menggemparkan penduduk kampung. Lebih menggemparkan lagi, identiti Manisah dibongkar & sisi gelap dirinya dibongkar. Pelbagai peristiwa berdarah mula berlaku, disebabkan Manisah. Siapakah Manisah yang sebenarnya.
  5. Garam - Cerita pendek mengenai kepercayaan sesetengah masyarakat mengenai hantu garam. Mereka-mereka yang menjamu hantu-hantu garam ini dengan garam, mereka pasti akan diberikan ganjaran oleh hantu-hantu tersebut. Tetapi ada sesuatu yang lebih menakutkan di sebalik pemberian ganjaran tersebut.
     Untuk mengetahui kesudahan cerita-cerita ini, dapatkan novel grafik 176 muka surat ini di pasaran sekarang. Harga yang ditawarkan, RM6.50 ( Semenanjung Malaysia ) & RM7.50 ( Sabah & Sarawak ). Dapatkan sebelum terlambat. Selagi stok masih ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan