Rabu, 10 Ogos 2011

Paradoks ( Entiti 1 - Tina )

      
     Masuk malam ni, genap seminggu Pak Sani berkhidmat sebagai Pengawal Keselamatan di Wisma Permata. Dia hanya sempat berkenalan dengan beberapa orang pekerja sahaja di bangunan tersebut, terutamanya mereka-mereka yang bekerja di tingkat 1. Pak Sani selalu bertugas pada shift malam kerana pada waktu siang, dia & isterinya berniaga sayur-sayuran di pasar. Tugasnya bermula pada pukul 9 malam hingga 5 pagi.

     Pak Sani bukanlah jenis orang yang suka duduk diam, dia lebih suka meronda-ronda kawasan Wisma Permata berbanding rakan sekerjanya, Samad, yang hanya suka menonton televisyen di dalam pondok pengawal. Hari itu boleh dikatakan sebagai hari paling sibuk untuk dirinya dan mereka-mereka yang bekerja di bangunan tersebut. Beberapa orang pekerja masih berada di tingkat 1 & tingkat 8, ada banyak urusan yang perlu dilakukan sehingga mereka terpaksa bekerja hingga ke lewat malam.

     Semasa meronda-ronda di tingkat 1, Pak Sani bertemu dengan Ayu, seorang kerani untuk salah sebuah syarikat yang terdapat di tingkat tersebut. Mereka hanya berbalas-balas senyuman. Pak Sani memang cepat mesra orangnya dah sifatnya itu disenangi oleh para pekerja di bangunan tersebut. Sebaik sahaja tiba di kawasan tandas, Pak Sani terserempak dengan Halim, juga seorang kerani. Halim menasihati Pak Sani agar lebih berhati-hati semasa berada di tingkat 7, keras katanya. Pak Sani mengatakan yang dia tidak tahu menahu mengenai hal tersebut, rakannya Samad yang sudah 5 tahun bekerja di situ pun tidak pernah menceritakan kepadanya.

     Pak Sani memilih untuk meronda tingkat 1 terlebih dahulu. Segalanya berjalan dengan lancar, tiada apa-apa yang meragukan. Lagipun masih ramai pekerja di tingkat tersebut. Begitu juga dengan tingkat 2 hingga 6. Sebaik sahaja pintu lif ke tingkat 7 terbuka, Pak Sani terus menjalankan tugasnya seperti biasa. Terngiang-ngiang di telinganya akan apa yang diperkatakan oleh Halim. Pada malam itu, hanya sebuah bilik sahaja yang masih diterangi cahaya lampu. Pak Sani ternampak seorang gadis sedang mundar mandir di hadapan bilik rehat pekerja. “Eh, Apa yang dia buat sorang-sorang kat tingkat 7 ni? Ah, biar ajelah, mungkin dia tengah tunggu kawan dia kot”, getus Pak Sani.

     Pak Sani meneruskan kerjanya, kali ini di tingkat 8 pula. Tingkat tersebut sudahpun kosong, tiada sesiapa lagi. Pak Ali kembali ke tingkat 7 & sekali lg dia terserempak dengan gadis tersebut, kali ini Ayu keseorangan. Pak Sani mengambil keputusan untuk menegur gadis tersebut, “Cik buat apa kat sini? Tengah tunggu kawan ke?”, tanya Pak Sani. “Saya tengah tunggu kawan la Pakcik, dia ke tandas sekejap”, jawab gadis tersebut. “Kawan yang mana?”, Pak Sani cuba mendapatkan kepastian. “ Ayu”, balas gadis tersebut. “Ayu yang kerja kat tingkat 1 tu ke?”, tanya Pak Sani. Gadis tersebut hanya menganggukkan kepalanya. “Cik ni siapa nama?”, tanya Pak Sani. “Tina”, jawab gadis tersebut. Pak Sani bergegas ke tandas untuk mendapatkan kepastian, di dalam fikirannya, dia hairan dengan apa yang diperkatakan oleh gadis tersebut, apa yang Ayu buat kat tingkat 7. Sebaik sahaja sampai ke kawasan tandas, Pak Sani terserempak dengan dua orang gadis.

     “Ayu ada kat dalam ke?”, tanya Pak Sani. “Ayu? Ni tingkat 7 la pakcik, Ayu tu kawan saya. Dia kan kerja kat tingkat 1, lagipun, dia dah lama balik”, jawab salah seorang drpd mereka. Pak Sani mula cemas, terus diajaknya kedua-dua gadis tersebut ke tempat dia terserempak dengan Tina, namun tiada sesiapa di situ. Mereka bertiga terus bergegas mendapatkan lif.

     Sampai sahaja di tingkat 1, Pak Sani cuba untuk mencari Ayu, tp Halim yang secara kebetulan masih berada di situ mengatakan yang Ayu telah pulang lebih kurang 3 jam yang lepas. “Kenapa, Pakcik?”, tanya Halim. “Tak.... takde apa-apa, saja je Pakcik tanya”, jawab Pak Sani. Pak Sani terus bergegas ke pondok pengawal & bertanyakan kepada Samad. Samad mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Halim yang Ayu telahpun pulang lebih kurang 3 jam yang lepas. “Siapa yang aku jumpa kt tingkat 7 tadi tu?”, tanya Pak Sani. “Kau kenal Tina?”, tanya Pak Sani. “Tina, Tina yang kerja kt tingkat 7 tu ke?, Samad pula bertanya. “Ye, yang tu la”, jawab Pak Sani. “Pakcik, sebenarnya Tina tu dah meninggal 2 bulan lepas, kawan-kawan dia jumpa dia mati terjerut kat dalam bilik rehat”, balas Samad. Pak Sani terus mendapatkan motosikalnya dan terus memecut pulang ke rumah.

     Halim yang ternampak perlakuan Pak Sani, terus bertanyakan kepada Samad, “Kenapa Pak Sani tu?, Awalnya dia balik, sekarang baru pukul 1 pagi”. Samad teragak-agak untuk menjawab soalan Halim, namun digagahkan juga, “Dia..... Dia jumpa Tina”..........
    

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan