Rabu, 10 Ogos 2011

Paradoks ( Entiti 5 - Rekod )


     Mayat seorang gadis telah ditemui dalam keadaan bogel oleh beberapa orang penunggang motosikal yang secara kebetulan melalui sebuah kawasan pembinaan. Hasil daripada siasatan awal pihak polis, mangsa dipercayai telah dijerut dengan pakaiannya sendiri berdasarkan kepada kesan jerutan pada leher mangsa & sehelai gaun merah yg ditemui berhampiran tempat kejadian. Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh. Ini merupakan kes kelapan dalam masa sebulan. Modus operandi untuk setiap kes boleh dikatakan sama sahaja jika dilihat kepada keadaan mayat-mayat yang ditemui. Siasatan telah dijalankan, namun pihak polis masih gagal untuk menemui petunjuk untuk setiap kes.

     Di sebuah kelab malam, kelihatan seorang pemuda sedang asyik menyaksikan beberapa orang gadis sedang menari-nari mengikut rentak muzik yang dimainkan. Matanya difokuskan kepada seorang gadis berbaju biru yang nampak seperti keseorangan, tidak ditemani oleh rakan-rakannya. Sebaik sahaja gadis tersebut duduk di mejanya, pemuda itu pergi mendekatinya. “Hi, saya Joey!”, sapa pemuda itu. “Hana”, jawab gadis tersebut ringkas. “Sorang je ke? Tak takut ke datang tempat macam ni sorang-sorang?”, Joey cuba melanjutkan perbualan. “Dah biasa dah, memang ni la tempat yang selalu saya singgah lepas balik daripada pejabat”, jawab Hana. Perbualan mereka terganggu apabila mereka didatangi seseorang, kawan Hana. Hana memilih untuk mengikut kawannya pulang. “Cis! Macam mana boleh ada kawan dia pulak, tadi cakap sorang je”, bisik Joey yang hanya mampu melihat Hana & kawannya beredar.

     Joey juga memilih untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja sampai ke rumahnya, dia terus menuju ke sebuah bilik kecil di tingkat atas rumahnya. Rumah tersebut cukup besar untuk Joey tinggala berseorangan, tapi Joey tidak suka berkongsi rumah dengan orang yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi, rumah tersebut dibelinya sendiri hasil daripada pendapatannya sebagai seorang arkitek. Joey membelek-belek keratan akhbar yang terdapat di atas meja tulis yg terdapat di dalam bilik tersebut. Keratan-keratan akhbar tersebut terarah kepada kes-kes pembunuhan kejam yang berlaku sejak beberapa tahun yang lepas.

     Antaranya kes pembunuhan sebelas orang gadis yang berjaya diselesaikan oleh pihak polis. Suspek untuk kes pembunuhan tersebut, seorang lelaki yang berusia 36 tahun, sudahpun didapati bersalah & dijatuhkan hukuman gantung sampai mati beberapa hari yang lepas. Joey menjadikan lelaki tersebut sebagai idolanya. Dia cukup suka dengan cara lelaki tersebut meninggalkan jejaknya untuk setiap pembunuhan yang dilakukannya.  Lelaki tersebut akan menandakan huruf X pada bahagian dada setiap mangsanya. Bagi Joey pula, dia lebih suka menjerut mangsanya sehingga mati & kelapan-lapan mayat mangsanya, ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan bogel. Joey berhasrat untuk membunuh sekurang2nya sebelas orang gadis, menyamai rekod yang dibuat oleh idolanya itu.

     Keesokan harinya, Joey terserempak dengan Hana dan kawannya di sebuah kafetaria. Peluang tersebut digunakan dengan sebaiknya untuk mengenali Hana dengan lebih rapat lagi. Joey seperti ingin menjadikan Hana sebagai mangsa kesembilannya. Pada masa itu juga, Joey sempat berkenalan dengan rakan Hana yang ingin dikenali sebagai Rita. Joey mula merancang strategi, lebih-lebih lagi, dia kini mempunyai dua orang gadis untuk dijadikan mangsanya. Rita mengatakan yang dia & Hana cukup suka untuk bekerja hingga lewat malam & kesempatan itu digunakan oleh Joey untuk bertanyakan alamat tempat kerja serta nombor telefon mereka. Rancangan Joey hampir menjadi kenyataan, mungkin malam itu, dia akan berjaya mendapat mangsa kesembilannya, atau jika dia bernasib baik, dia akan dapat mangsa kesepuluhnya pada malam yang sama.

     Jam menunjukkan pukul 9 malam, Joey menghubungi nombor yg diberikan oleh Rita & panggilannya disambut oleh Rita sendiri. Joey bertanya adakah mereka masih berada di pejabat. Namun Rita menyatakan yang Hana telahpun pulang sejam yang lalu dan dia sendiri pun telah bersiap sedia untuk pulang. Joey menyarankan agar Rita lebih berhati-hati kerana hari sudah lewat malam & bahaya untuk pulang seorang diri. Joey menawarkan bantuan untuk menghantar Rita pulang ke rumah memandangkan Rita tidak mempunyai kenderaan sendiri, dia hanya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja setiap hari.

     Rita kini berada di dalam kereta Joey. Sebaik sahaja sampai di satu kawasan persimpangan, Joey membelok masuk ke jalan yang agak gelap. Joey mengatakan yang itulah jalan yang biasa dilaluinya untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Tiba di kawasan yang agak terpencil, Joey berpura-pura mengatakan yang keretanya bermasalah. Mereka berdua turun daripada kereta, Joey mendapatkan lampu suluh daripada bonet keretanya. Tanpa sebarang amaran, Joey terus menghentak kepala Rita dengan menggunakan lampu suluh tersebut & berjaya merebahkan Rita. Namun Rita tidak pengsan seperti yang diharapkan oleh Joey. Joey terus menindih Rita & mula menanggalkan pakaiannya satu persatu. Rita diperkosa oleh Joey di dalam kepekatan malam itu. Sebaik sahaja selesai memperkosa Rita, Rita cuba untuk melarikan diri namun berjaya dihalang oleh Joey. Joey mendapatkan kemeja yang dipakai oleh Rita dan menjerut leher gadis malang tersebut sehingga dia tidak bernafas lagi. Joey meninggalkan mayat Rita begitu sahaja, dia terus memecut laju melarikan diri daripada lokasi jenayahnya.

     Semasa bersiap untuk ke tempat kerja keesokkan harinya, berita mengenai penemuan mayat Rita disiarkan dalam Buletin Pagi. Joey menelefon Hana & berpura-pura bertanyakan mengenai Rita. Dia mengatakan yang dia cukup bersimpati di atas apa yang telah berlaku ke atas Rita. Pada masa yang sama, Joey mula merencanakan rancangan seterusnya, mangsanya kali ini adalah Hana. Hana mengambil cuti selama tiga hari untuk pulang ke kampung Rita bagi menghadiri kenduri arwah kawan baiknya itu.

     Tempoh selama tiga hari digunakan oleh Joey untuk merancang satu strategi untuk membunuh Hana. Dia sengaja tidak mencari mangsa lain, sedangkan dia berkunjung ke kelab malam setiap hari, sepanjang ketiadaan Hana. Fokusnya hanya tertumpu kepada Hana. Sudah lama dia inginkan Hana.

     Joey mempelawa Hana untuk ke rumahnya dengan alasan dia ingin Hana mencarikan seorang atau dua penyewa bilik untuk tinggal bersamanya. Tanpa sebarang syak, Hana hanya mengikut sahaja. Seperti yang dijanjikan Hana tiba seorang diri, tanpa membawa sesiapa untuk menemaninya. Hana meninjau-ninjau kawasan rumah untuk mengumpul seberapa banyak input untuk dihebahkan kepada bakal penyewa. Joey mempelawa Hana segelas minuman untuk menghilangkan dahaga.

     Selepas menghabiskan minumannya, Hana meneruskan kerjanya. Tiba-tiba, kepalanya dirasakan begitu pening & akhirnya Hana pengsan. Kesempatan itu digunakan oleh Joey untuk melaksanakan kerja jahatnya. Hana diperkosa. Tak lama selepas itu, Joey memapah Hana ke dalam keretanya & terus menuju ke kawasan rumah kedai yang terletak tidak jauh daripada rumahnya. Kawasan tersebut agak terpencil & cukup sesuai untuk dia meninggalkan Hana di situ. Sebaik sahaja sampai ke tempat yang dirasakannya cukup sesuai untuk meninggalkan mangsa kesepuluhnya, dia terus menurunkan Hana daripada kereta & dia sekali lagi telah memperkosa Hana. Melihat keadaan Hana yang masih mampu untuk memarahinya, Joey bertindak menjerut leher Hana.

     Mayat Hana ditinggalkan di dalam timbunan kotak-kotak terpakai. Semasa Joey menuju ke keretanya, dia ternampak kelibat seorang gadis sedang melarikan diri, seolah-olah telah menyaksikan kegiatan jenayah yang dilakukan olehnya. Joey terus mengejar gadis tersebut. Dalam hatinya, dia mengatakan yang malam itu mungkin malam bertuahnya kerana berpeluang untuk menyamai rekod idolanya, 11 orang mangsa. Tiba-tiba gadis tersebut berhenti. Joey berjaya menangkap gadis tersebut.

     Gadis tersebut minta untuk dilepaskan & sanggup mengikut sahaja apa arahan Joey. Joey bersetuju. Tanpa disuruh, gadis tersebut menanggalkan pakaiannya satu persatu. Joey hanya melihat sahaja kerjanya dipermudahkan. Gadis tersebut mendekati Joey dan memeluknya. Joey cuba untuk mencium gadis tersebut, tetapi dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang meliliti tubuhnya. Joey mendapati yang tubuh gadis tersebut mula bertukar seperti tubuh seekor raksasa. Cuma mukanya sahaja yang tidak berubah. Tubuh raksasa yang bagaikan seperti seekor sotong itu terus membelit tubuh Joey sehingga mematahkan tulang temulangnya. Selepas itu, gadis tersebut membuka mulut yg terdapat pada bahagian bawah tubuhnya dah terus membaham Joey tanpa meninggalkan sisa, walaupun sedikit. Selepas itu, tubuh gadis tersebut kembali kepada bentuk asal, sebelum dia mengenakan pakaiannya dan terus menghilangkan diri.

     Nasib Joey kurang baik pada malam itu, dia cuba menjadikan gadis tersebut sebagai mangsa, namun dia pula yang dijadikan mangsa oleh gadis tersebut. Mayat Hana ditemui keesokkan harinya lengkap berpakaian, walaupun dibiarkan berbogel oleh Joey. Penemuan kereta Joey di tempat kejadian menjadikan dirinya sebagai suspek, lebih-lebih lagi apabila pihak polis berjaya menemui beg tangan kesemua mangsa-mangsanya di dalam sebuah bilik di rumahnya. Kehilangan Joey membuntukan siasatan pihak polis & kes-kes tersebut tertangguh begitu sahaja, tanpa penyelesaian yang sempurna. Rekod seperti idolanya gagal dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan