Rabu, 10 Ogos 2011

Paradoks ( Entiti 6 - Ben )


1968

     Ben merupakan seorang kanak-kanak yang agak aktif orangnya. Dia hanya tinggal berdua dengan ibunya, Sally. Sally terpaksa mengambil tempat sebagai ketua keluarga setelah kematian suaminya beberapa tahun lepas, semasa usia Ben baru sahaja 2 tahun. Untuk menyara kehidupan mereka berdua, Sally hanya mampu bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kelab malam kerana dia tidak mempunyai kelayakkan yang cukup untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Untuk membesarkan Ben, Sally sanggup lakukan apa sahaja.

     Status pekerjaan Sally diketahui oleh rakan-rakan persekolahan Ben & mengakibatkan Ben selalu sahaja diganggu oleh para pelajar lain. Pada suatu hari, Ben telah dipukul dengan teruk oleh beberapa orang pelajar senior. Sally melaporkannya kepada pihak sekolah mengenai perkara tersebut, namun tiada apa-apa tindakan yang diambil ke atas pelajar-pelajar senior yang terlibat dalam insiden tersebut. Pihak sekolah memilih untuk membuang Ben daripada sekolah tanpa sebarang sebab yang kukuh. Apabila Sally bertanyakan kepada mereka, mereka hanya mendiamkan diri.

    Sally memilih untuk berhenti kerja dan membawa Ben ke kampung mendiang suaminya. Mereka perlu menaiki kereta api untuk ke sana memandangkan itu sahaja pengangkutan yang ada untuk ke sana. Perjalanan ke sana juga merentasi sebuah ladang jagung yang kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan. Sewaktu melintasi kawasan ladang tersebut, Ben ternampak seorang lelaki sedang berdiri di tengah-tengah ladang tersebut. Terdapat kesan darah pada tubuh lelaki tersebut. Ben hanya melihat sahaja lelaki tersebut senyum & melambai-lambai ke arahnya.

     Beberapa jam kemudian, mereka tiba ke kawasan yang dituju. Sally membawa Ben ke rumah keluarga mendiang suaminya, nasib mereka kurang baik pada hari itu kerana tiada sesiapapun di rumah tersebut. Seorang makcik datang menemui mereka dan memberitahu rumah tersebut sudah lama dibiarkan kosong. Makcik tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Makcik Mary & mempelawa mereka berdua untuk tinggal bersamanya.

     Sally kini bekerja di ladang gandum milik Makcik Mary & Ben dihantar bersekolah di sekolah berhampiran. Mereka kini tidak lagi tinggal bersama Makcik Mary, mereka memilih untuk tinggal di sebuah rumah yang tidak jauh daripada rumah Makcik Mary. Beberapa hari kemudian, sewaktu pulang daripada sekolah, Ben terkejut apabila mendapati rumahnya telah hangus terbakar. Seorang lelaki mendekatinya dan memberitahu bahawa ibunya tidak sempat untuk menyelamatkan diri & maut dalam kejadian tersebut. Makcik Mary mempelawa Ben untuk tinggal bersamanya, tapi Ben memilih untuk hidup bersendirian. Ben kini sudah tidak bersekolah, dia lebih suka merayau-rayau sekitar kampung. Sejak hari itu, Ben menjadi agak agresif & sanggup mencuri untuk mendapatkan wang.

1992

     Ben kini dikehendaki oleh pihak polis. Pelbagai kegiatan jenayah telah dilakukannya. Ben bukan sahaja aktif mencuri, tapi dia kini sanggup membunuh mangsa-mangsa rompakannya. Ben diangkat sebagai ketua untuk sebuah kumpulan yang dianggotai oleh sekumpulan remaja terbiar. Sebagai seorang ketua, Ben bertanggungjawab untuk merancang setiap kegiatan jenayah yang akan dilakukan.

     Hari itu, mereka merancang untuk merompak sebuah kedai barangan elektronik. Mereka telah meninjau keadaan kedai tersebut sejak beberapa hari yang lalu untuk memastikan rancangan mereka berjalan dengan lancar. Kedai tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan tiada kedai lain yang menjual barangan elektronik di kawasan tersebut.

     Tepat pukul 5 petang, mereka memulakan operasi. Dengan bersenjatakan senapang buatan sendiri, mereka merompak kedai tersebut. Seorang pekerja cuba untuk menelefon pihak polis, tapi belum pun sempat dia mendail telefon, dia ditembak oleh Ben. Ben mendekati pekerja tersebut & melepaskan 2 das tembakan lagi ke arah dada pekerja tersebut. Pekerja-pekerja lain yang ketakutan hanya menuruti sahaja kehendak Ben & rakan-rakannya. Mereka hanya mahukan wang tunai & langsung tidak berminat untuk mengambil sebarang barangan elektronik yang terdapat di dalam kedai tersebut. Sebelum meninggalkan kedai, Ben mengarahkan rakan-rakannya untuk membunuh kesemua pekerja yang ada di dalam kedai tersebut, tiada seorang pun yang dibiarkan hidup. Pihak polis sampai beberapa minit kemudian, namun segalanya dah terlambat, Ben & rakan-rakannya telah berjaya melarikan diri.

     Seminggu kemudian, satu lagi rompakan dirancang. Kali ini mereka menjadikan bank sebagai sasaran. Merasakan yang risiko untuk gagal amat besar, Ben memilih untuk tidak menyertai rompakan tersebut. Ben hanya menunggu di markas mereka & hanya menunggu kepulangan mereka. 3 jam kemudian, Ben merasakan yang rakan-rakannya telah melarikan diri daripadanya & membolot semua harta rompakan sesama mereka sahaja. Secara kebetulan, berita mengenai rompakan tersebut disiarkan di televisyen, rakan-rakannya terbunuh dalam pertempuran bersama pihak polis. Ben memilih untuk meninggalkan markas tersebut. Dia merasakan yang pihak polis semakin hampir dengannya.

     Telahannya benar apabila terdengar siren polis & polis mengarahkannya untuk keluar daripada rumah. Ben terpaksa menyerah diri kerana dia tiada apa-apa senjata untuk mempertahankan diri, semua senapang dibawa oleh rakan-rakannya untuk pergi merompak. Ben akan dibicarakan atas semua kes-kes jenayah yang dilakukannya.

     Hari perbicaraan telah tiba, Ben dijatuhi hukuman mati di atas beberapa kes rompakan & pembunuhan yang telah dilakukannya. Hukuman tersebut akan dijalankan di sebuah tempat yang cukup dikenali oleh Ben. Hukuman akan dijalankan di bandar kelahiran Ben yang pernah ditinggalkannya dulu.

     Pada masa itu, kereta api masih lagi menjadi pengangkutan utama walaupun sudah tedapat kemudahan jalan raya. Hari itu Ben melintasi sekali lagi ladang jagung yang pernah dilihatnya dulu. Kali ini ianya kelihatan terjaga rapi, jagung-jagung sedang menunggu masa untuk dituai. Mata Ben terpandang sesuatu, kali ini dia nampak dirinya semasa kecil sedang berdiri di sebelah lelaki yang pernah dilihatnya dulu. Ben cuba mengamati wajah lelaki tersebut. Ben terkejut kerana wajah lelaki tersebut seiras dengannya. Kali ini tiada senyuman & lambaian daripad lelaki tersebut. Mereka merenung tajam ke arah Ben.

     Ben menangis & menyesali akan apa yang dilakukannya sebelum ini, namun hukuman telah dijahkan & perlu dilaksanakan segera. Sebaik sahaja sampai ke kawasan perlaksanaan hukuman. Ben tidak akan digantung, sebaliknya dia akan ditembak di khalayak ramai. Bahagian kepala Ben ditutup dengan penutup kepala berwarna hitam & Ben diletakkan dalam posisi melutut membelakangi sebuah dinding. Sepanjang tempoh tersebut, Ben hanya mampu menangis. Beberapa minit kemudian, satu das tembakan dilepaskan & terus mengenai dada Ben. Ben jatuh menyembah bumi & menghembuskan nafasnya yang terakhir tak lama selepas itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan