Rabu, 10 Ogos 2011

Paradoks ( Entiti 2 - Karma )


     Adam merupakan seorang lelaki yang sederhana taraf hidupnya. Dia hanya bekerja sebagai seorang pengawal peribadi kepada Tan Sri Hashim. Turut bekerja bersamanya ialah Razif, Johari, Muzaffar, Borhan & Kamarul. Hubungan antara Adam dengan mereka berlima tidak begitu baik kerana anak tunggal Tan Sri Hashim, iaitu Maya begitu rapat dengannya. Adam baru sahaja 2 tahun bekerja dengan Tan Sri Hashim, sedangkan Razif dan rakan-rakannya telah bekerja selama 9 tahun. Apa yang dicemburui mereka ialah, Tan Sri Hashim seakan-akan bersetuju dengan hubungan Adam & Maya, dan begitu mengambil berat terhadap Adam, lebih drpd layanan yg diterima oleh mereka berlima. Tan Sri Hashim hanya tinggal bersama-sama dengan Maya sahaja selepas kematian isterinya 2 tahun lepas.

     Razif, Johari, Muzaffar, Borhan & Kamarul mula mengatur rancangan untuk mengenakan Tan Sri Hashim, Maya & Adam. Pada hari tersebut, Tan Sri Hashim & Maya diminta untuk menghadiri sebuah seminar di Genting Highland. Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh Razif dah rakan-rakannya & sebagai pengawal peribadi kepada Tan Sri Hashim, sudah semestinya mereka berenam turut akan ke sana. Mereka ke sana dengan menaiki sebuah kereta. Tan Sri Hashim meminta Adam untuk menjadi pemandunya hari tersebut kerana pemandunya, Pak Osman bercuti kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Razif & rakan-rakannya pula berada di dalam sebuah kereta yang lain.

     Sebaik sahaja sampai di sebuah selekoh yg agak sunyi, Muzaffar, yang bertanggungjawab memandu kereta kedua melanggar bahagian belakang kereta yang dipandu oleh Adam, seperti yang dirancangkan oleh mereka berlima. Sebaik sahaja Adam keluar daripada kereta untuk bertanyakan kepada Muzaffar mengenai apa yang dilakukan, Borhan terus memukul kepala Adam dengan pengunci stereng, sehingga Adam rebah menyembah tanah. Mereka berlima terus menarik Tan Sri Hashim dan Maya keluar daripada kereta & mula memukul mereka berdua. Dalam keadaan separuh sedar itu, Adam hanya mampu perhatikan sahaja Kamarul menikam Tan Sri Hashim dengan sebilah parang. Dia juga hanya mampu menahan marah apabila melihat mereka berlima bertindak memperkosa Maya, sebelum Maya menerima nasib yang sama seperti bapanya, ditikam dengan parang.

     Selepas mereka pasti yang Tan Sri Hashim & Maya sudah pun mati, mereka mula mengalihkan perhatian kepada Adam. Adam turut ditikam dengan parang tersebut sebelum tubuhnya dicampakkan ke dalam gaung. Mayat Tan Sri Hashim & Maya hanya dibiarkan begitu sahaja. Razif dan rakan-rakan melarikan diri dengan kereta yang dipandu oleh Adam sebentar tadi. Keesokkan harinya, pihak polis sampai ke tempat kejadian dan mula menjalankan sisatan. Senjata pembunuhan iaitu parang tidak dijumpai. Mayat Tan Sri Hashim & Maya dihantar ke Hospital sebelum di hantar ke kampung mereka untuk dikebumikan. Pihak polis menjadikan keenam-enam pengawal peribadi Tan Sri Hashim sebagai suspek kes pembunuhan tersebut.

     Selepas 3 tahun, kes tersebut masih belum berjaya diselesaikan. Keenam-enam pengawal peribadi Tan Sri Hashim seolah-olah hilang begitu sahaja. Namun begitu,  beberapa hari selepas genapnya 3 tahun peristiwa tersebut, pihak polis mula dapat mengesan kehadiran 5 daripada 6 org pengawal peribadi Tan Sri Hashim, mereka kini menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah seperti merompak dan membunuh. Berdasarkan maklumat daripada orang ramai, kelima-lima suspek itu disahkan sebagai Razif, Johari, Muzaffar, Borhan & Kamarul. Siasatan terus dijalankan untuk mencari individu keenam iaitu Adam, namun begitu, daripada hasil sisasatan sebelum ini, mereka mendapati hanya mereka berlima sahaja yang terlibat.

     Keesokkan harinya, di sebuah kedai barangan kemas, Kamarul & Borhan yang mengenakan janggut palsu untuk menyembunyikan identiti mereka, cuba untuk merompak kedai emas tersebut. Lokasi kedai tersebut yang agak terpencil memudahkan kerja mereka. Borhan mengarahkan salah seorang pekerja untuk membawanya ke bilik pengurus. Semasa Kamarul sedang sibuk mengisikan beg dengan barangan kemas, dia ditegur oleh satu suara yang begitu dikenalinya. Sebaik sahaja dia berpaling, dia dilibas dengan sebilah parang. Libasan tesebut hinggap di leher, lalu memisahkan kepala daripada tubuhnya. Para pekerja & pelanggan yang menyaksikan kejadian tersebut menjerit ketakutan. Jeritan tersebut mengakibatkan Borhan meluru keluar untuk memastikan apa yang telah berlaku. Sebaik sahaja dia keluar daripada bilik tersebut, dilihatnya seorang lelaki bertopi keledar, memegang sebilah parang di tangan kanan & di tangan kirinya pula, kepala Kamarul. “Siapa kau?”, jerit Borhan. “Aku? Karma!!!”, jawab lelaki tersebut. Suara lelaki tersebut seperti biasa didengar sebelum ni. “Takkan la Adam, bukan ke Razif dah bunuh dia & campak dia masuk dalam gaung....”, bisik Borhan. “Kau ingat lagi peristiwa 3 tahun lepas? Korang dah bunuh Tan Sri Hashim, Maya & Adam... Sekarang, biar karma yang uruskan hal ini”, jerit lelaki tersebut sambil melontarkan parang ke arah Kamarul. Belum sempat Kamarul mengelak, parang tersebut menusuk tepat ke dahinya & menamatkan riwayatnya. Semasa lelaki tersebut menarik parangnya daripada dahi Kamarul, dia mengarahkan seorang pekerja kedai emas tersebut supaya menghubungi pihak polis. Sebaik sahaja parang berjaya ditarik, lelaki tersebut terus menghilangkan diri.

     Di tempat persembunyian Razif dan rakan-rakannya, kejadian yang menimpa Borhan & Kamarul mula menghantui mereka. Mereka kini bersembunyi di sebuah rumah yang terletak di kawasan terpencil, mereka yakin mereka selamat di situ kerana tiada orang lain yang tinggal di kawasan tersebut. Mereka mula kehabisan bekalan makanan & mereka terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan daripada kedai yang terdekat, yang hampir 10 kilometer daripada tempat persembunyian mereka. Dalam perjalanan ke kedai, kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan & sebaik sahaja Muzaffar cuba untuk menekan brek, brek sudah tidak berfungsi lagi. Dia tiada pilihan lain selain merempuh sahaja sebatang pokok besar untuk memberhentikan kereta tersebut. Sebaik sahaja mereka bertiga keluar daripada kereta, mereka dapat perhatikan ada seorang lelaki bertopi keledar sedang memerhatikan mereka. “Aku Karma!!!”, jerit lelaki tersebut. Mereka bertiga terus melarikan diri sebaik sahaja melihat lembaga tersebut memegang sebilah parang.

     “Zif, dia dah datang!!!”, jerit Johari kepada Razif. Mereka bertiga memang cukup kenal dengan suara tersebut, itu suara Adam, rakan sekerja yang mereka bunuh 3 tahun yang lepas. Mereka bertiga mula berpecah. Muzaffar memilih utk berehat sebentar di tepi pokok getah, “Pa, kenapa kau lari? Kau tak kenal aku ke?”, Muzaffar ditegur oleh seseorang. Muzaffar yang terkejut dengan teguran tersebut, cuba untuk melarikan diri, dan tersembam ke tanah apabila kakinya tersepak akar pokok. Belum sempat dia bangun, belakangnya ditikam dengan parang oleh lelaki tersebut. Muzaffar menghembuskan nafasnya yang terakhir di saat itu juga. Tak jauh daripada tempat tersebut, Johari dilihat tercungap-cungap keletihan. Dia kini telah sampai ke bahagian sungai dan memilih untuk berhenti minum di sungai tersebut. Dia mula menyesal dengan apa yang dilakukannya sebelum ini, dia mula menangis & memohon maaf kepada Tan Sri Hashim, Maya & Adam. Tiba-tiba dia ditegur, “Kau nangis, Joe?”. Johari kini berhadapan dengan lelaki tersebut, dia cuba untuk berlawan, namun kudratnya tidak sekuat lelaki tersebut dan nyawanya turut melayang di mata parang lelaki tersebut.

     Razif merasakan yang dia kini sudah jauh daripada lelaki tersebut. Hanya dia sahaja yang tinggal. Dilihatnya sebuah rumah kosong yang telah lama ditinggalkan. Razif memilih untuk berehat sebentar dia rumah tersebut. Tak sampai sepuluh minit dia berada di situ, dia dapat rasakan yang ada orang lain telah memasuki rumah tersebut. “Zif, dulu bukan main lagi kau berani, bila ada kawan-kawan kau. Sekarang kau sorang je, apa kau nak buat?”, Razif ditegur oleh lelaki yang baru sahaja membunuh Muzaffar & Johari. Dilontarnya kepala Muzaffar & Johari ke arah Razif. Semasa Razif cuba untuk mengelak daripada terkena kepala-kepala tersebut, lelaki tersebut terus meluru ke arah Razif & terus menikam dada Razif. Razif rebah ke lantai. Dia sempat bertanya kepada lelaki tersebut, “Kau siapa?”. “Aku Karma”, jawab lelaki tersebut. Lelaki tersebut berpesan kepada Razif, “Setiap orang patut bersedia dengan apa yang akan diorang hadapi atas apa yang dilakukannya, dan bila karma mula mengambil tempat, aku akan menjalankan tugasku”. Razif ditinggalkan dan menghembuskan nafasnya yang terakhir tidak lama selepas itu.

     Keesokkan harinya, berita mengenai penemuan 3 mayat mula heboh diperkatakan. Di sebuah kedai surat khabar, terdapat dua orang gadis bercakap mengenainya, “Bahaya la sekarang ni, bunuh orang macam perkara biasa je untuk diorg ni”. Kata gadis pertama. “Mungkin kes balas dendam kot, cuba kau tengok baik2 gambar mangsa-mangsa ni, diorang kan dikehendaki oleh pihak polis, padan la dengan muka diorang”, kata gadis kedua. Tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang, “Inilah jadinya bila karma mula menjalankan tugasnya”. Kedua-dua gadis tersebut terkejut kerana tiada sesiapa pun di sebelah mereka. Mereka terus melarikan diri meninggalkan kedai tersebut...

     Percayakah anda kepada KARMA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan